Individu Dengan Pendapatan Penggajian

Individu yang bekerja dan mendapat gaji, elaun, bonus, yuran dan sebagainya. Individu ini kita panggil individu berpendapatan penggajian. 

Pengarah Syarikat

Pengarah syarikat ialah pegawai dalam syarikat. Jika pengarah syarikat hanya menerima apa-apa imbuhan, gaji, elaun, yuran, manfaat dan sebagainya, mereka dikategorikan sebagai indvidu penggajian. Jika, pengarah syarikat mempunyai pendapatan daripada perniagaan yang lain, sila rujuk ke INDIVIDU BERPENDAPATAN PERNIAGAAN.

Pekerja

Setiap yang bergelar pekerja yang mendapat gaji, perlu mengisytiharkan pendapatan penggajian mereka. Bagi mereka yang layak, setiap bulan Potongan Cukai Berjadual akan dikenakan kepada mereka. Majikan bertanggungjawab untuk mencarum potongan tersebut kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.n

Apa yang perlu ditadbir

Apa itu Borang EA

Borang EA ialah Penyata Saraan Tahunan yang diserahkan kepada pekerja oleh majikan. Ia menyatakan gaji dan apa-apa manfaat yang telah diberikan kepada pekerja bagi tahun tertentu. 

Borang ini diperlu disimpan oleh pekerja sebagai bukti pendapatan penggajian.

Jika anda layak, majikan akan  melakukan Potongan Cukai Bulanan (PCB)  daripada jumlah saraan anda dan diremitkan sebelum / pada 15hb bulan berikutnya.

Anda boleh melihat di sini mengenai jumlah yang akan dipotong oleh majikan anda setiap bulan.

Fail Cukai

Jika anda belum mempunyai fail cukai , ada perlu terlebih dahulu membuat pendaftaran fail cukai.

Cara-cara mendaftar fail cukai

Setelah mendapat no fail cukai/rujukan anda yang bermula dengan huruf “SG”, anda perlu mendaftar no PIN bagi tujuan  E-FILING.

No. PIN boleh di dapati melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan.

Pastikan anda telah mendapat no fail/rujukan cukai sebelum mendapatkan No. PIN.

Anda perlu membuat pengisytiharan pendapatan dan cukai menggunakan E–FILING di  https://ez.hasil.gov.my sebelum atau pada 30 APRIL SETIAP TAHUN.

Kenali Borang Pengisytiharan Pendapatan & Cukai

Borang bagi anda membuat pengisytiharan pendapatan dan pemfailan cukai ialah BORANG BE, dengan no fail/rujukan cukai yang bermula dengan huruf SGxxx.

Pemfailan boleh dilakukan secara E-filing di https://mytax.hasil.gov.my/

Pelepasan Cukai Bagi Individu