Individu yang bekerja dan mendapat gaji, elaun, bonus, yuran dan sebagainya. Individu ini kita panggil individu berpendapatan penggajian.
Pengarah Syarikat
Pengarah syarikat ialah pegawai dalam syarikat. Jika pengarah syarikat hanya menerima apa-apa imbuhan, gaji, elaun, yuran, manfaat dan sebagainya, mereka dikategorikan sebagai indvidu penggajian. Jika, pengarah syarikat mempunyai pendapatan daripada perniagaan yang lain, sila rujuk ke INDIVIDU BERPENDAPATAN PERNIAGAAN.
Pekerja
Setiap yang bergelar pekerja yang mendapat gaji, perlu mengisytiharkan pendapatan penggajian mereka. Bagi mereka yang layak, setiap bulan Potongan Cukai Berjadual akan dikenakan kepada mereka. Majikan bertanggungjawab untuk mencarum potongan tersebut kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.n