Siapakah Individu Berpendapatan Perniagaan

Individu yang menjalankan perniagaan iaitu pemilik Milikan Tunggal dan ahli kongsi Perkongsian dan sesiapa sahaja yang mendapat pendapatan hasil perniagaan atau perkhidmatan..

  • Milikan Tunggal
  • Perkongsian
  • Individu selain berpendapatan penggajian/ freelance/GIG workers

Percukaian Milikan Tunggal

Pemilik entiti Milikan Tunggal ini adalah individu yang mempunyai pendapatan daripada hasil perniagaan.

Pemilik akan dikenakan cukai berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan yang semata-mata diperoleh dan dibelanjakan untuk tujuan perniagaan.

Untung (jika ada) daripada perniagaan ialah pendapatan bagi pemilik.

Percukaian bagi perniagaan milikan tunggal adalah sama dengan percukaian bagi pemilik tersebut.

Fail cukai bagi perniagaan milikan tunggal adalah sama dengan fail percukaian bagi pemilik tersebut. (No fail cukai bermula dengan “OG“) ( Lihat Cara Mendaftar Fail Cukai)

Cukai dikira berdasarkan Tahun Taksiran tertentu. Bagi milikan tunggal, Tahun Asas bagi Tahun Taksiran tertentu adalah berdasarkan Tahun Kalendar.

Borang yang perlu difailkan adalah BORANG B.

Contohnya:

Tahun Taksiran 2019 merujuk kepada tahun kalendar 1.1.2019-31.12.2019.

Borang B perlu difailkan sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun.

Jika pemilik ialah seorang majikan, pemilik juga tertakluk kepada perkara-perkara cukai yang menjadi tanggungjawab majikan.

Cara mendaftar Fail Cukai Pendapatan -Milikan Tunggal

Borang B

Borang yang perlu difailkan ialah Borang B

Persediaan untuk mengisytihar pendapatan dan cukai

Pelepasan Cukai Bagi Individu

Sebagai individu pemastautin, pemilik milikan tunggal layak untuk mendapat Pelepasan Cukai Individu.

Anda boleh cuba mengira jumlah pelepasan cukai yang anda layak dapat di bawah ini.

Percukaian Bagi Perkongsian

Sebagai entiti perniagaan, Perkongsian tidak dianggap sebagai “orang” yang dikenakan cukai.

Yang dikenakan cukai ialah “ahli perkongsian” yang menerima pendapatan daripada Perkongsian itu.

Perkongsian pula melaporkan pendapatan kepada LHDN dengan memfailkan BORANG P pada atau sebelum 30 JUN bagi Tahun Taksiran sebelumnya.

Ahli perkongsian yang mendapat pendapatan hasil daripada pembahagian keuntungan perkongsian, perlu melapor dan memfailkan BORANG B, dengan kaedah yang sama seperti Milikan Tunggal

Cara mendaftar fail cukai - Perkongsian
  • Setiap ahli kongsi perlu mempunyai fail cukai – individu yang berniaga (sila rujuk “Cara mendaftar fail cukai pendapatan – Individu berniaga”
  • Mendaftar fail cukai bagi entiti Perkongsian. Perkongsian akan mempunyai nombor  fail cukai pendapatan yang bermula dengan huruf Dxxxxxxxxxx.
Pelepasan Cukai Individu

Jika pekongsi-pekongsi terdiri daripada individu, maka pekongsi layak untuk mendapat Pelepasan Cukai Individu